Thursday, July 15, 2010

rasa paisey

apa benda yang buat korang rasa paisey? mesti la banyak. well aku buat list benda yang buat aku dan kawan2 aku paisey.

1. PC4PC

2. "eh,handphone kau macam hndphone lama aku.bukan ke handphone ni cepat rosak?

3. kata lukisan aku buruk, kejap lagi dia mintak tolong aku lukiskan.

4. kena lukis bulatan(circle) freehand. sebab lepas tu konfem akan padam and buat semula.

5. bila cikgu kelas masuk dan tiba-tiba semua orang berdiri melainkan kau. lepas tu, semua orang duduk and cikgu suruh kau sorang bangun dan ucap selamat.

6. bila ada budak remind kan cikgu pasal homework yang kau kena hantar. serius rasa macam nak hentak je budak tu kat bucu kerusi.

7. bila kau tiba2 je sakit perut nak ke tandas, padahal lepas ni period PJK yang mana cikgu nya garang gila. kalau cakap nak pegi toilet, nanti die tanye, "tadi apsal tak pegi?" hello,tadi masa makan.skrg masa membuang la.

8. bila kau mulakan hari dengan bangun awal, mandi dan sarapan dengan tenang tapi kau disambut oleh cikgu disiplin yang bajet bagus then dia tahan kau semata-mata sebab tadi parents kau turunkan kau dekat line kuning. sempat lagi die bagi ayat "awak ni dah bnyk saya dengar. saya tunggu masa je ni" start dari situ la awful day akan bermula.

9. satu keadaan dimana toilet penuh sesak dengan orang yang nak betulkan tudung la ape la sedangkan kau ada bisnes lagi besar nak selesaikan.tapi terpaksa bersesak dengan diorang.

10. orang main handphone tanpa kebenaran.

11. terpaksa pretend lawak cikgu kau klakar habis dan gelak sebab cikgu tu xsuka budak yang diam je dalam kelas dan tak bagi apa2 respond hatta lawak dia tak menjadi.

12. bila akhir tahun dan sampai waktu pemulangan buku teks, baru kau sedar buku teks komsas kau hilang.

13. bila kau tolong edit gambar orang, dan orang tu boleh pulak mengaku gambar tu die edit sendiri kat facebook.

14. bila orang melayu lidah belacan cakap "i think that is rather inappropriate" dengan slang british. tolong lah. geli nye.

15. bangun pagi. (typical)

16. orang tiru tagline kau. pergh. jangan paisey do. tapi paisey jugak.

17. orang cakap, "eh,pinjam pen kau ea"  dah la terus ambik je, pastu lagi tiga minggu baru pulang dengan dakwat nye tinggal suku pen. die buat graffiti guna pen kau rupanya.

18. minah cun lalu tepi kau perfume kuat macam lori minyak wangi terbalik dan..eh,jeling pulak..

19. orang ingat kau ni rajin belajar dan result bagus. lepas tu kau cakap, eh mana ada. jap lagi orang tu tak nak caya.

20. orang ingat kau pakwe/awek si polan dan si polan.


wah. banyak nye. sebenarnya aku dah pernah buat list macam ni dulu. baru teringat now.

2 comments:

i poisoned myself with cyanide said...

Sedap baca nihhh! Semua ini gilaa annoying! Btw, tadi aku tak main fon kau ehh. Ak just tgok belakang je yang kau kata prob. Ngeh. Ak rasa bersalah dah. Ceyt!

tukangkarut said...

lah, kau aku tak kesah lah.. yang aku paisey, orang2 mcm ehem ehem tu.